http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Ahad, 17 Januari 2010

Langkah-langkah memantapkan akidah

Definisi
Akidah berasal daripada perkataan Aqd yang bererti ikatan-ikatan atau simpulan.Terdapat 2 jenis ikatan iaitu dalam bentuk hissi(sesuatu yang dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera) dan bentuk maknawi(ikatan yang tak dapat dikesan oleh pancaindera).
Hakikatnya ikatan dalam bentuk maknawi adalah lebih kukuh daripada ikatan yang bersifat hissi kerana ikatan tersebut tidak dapat dilihat dan disentuh oleh tangan, ia hanya boleh dirasakan oleh hati dan perasaan. Dari ikatan yang maknawi inilah lahir perkataan akidah iaitu ikatan atau simpulan yang khusus kepada kepercayaan.
Akidah boleh ditakrifkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpul kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai melainkan dengan kehendak diri sendiri dan dengan izin Allah s.w.t.
Akidah Islam bererti kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat dan nilai-nilai yang mutlak,tetap dan kekal,pasti dan hakiki lagi qudus dan suci seperti ditentukan oleh Islam,ataupun dengan kata lain ialah kepercayaan dan keyakinan yang kukuh dalam jiwa seseorang terhadap Allah s.w.t dan Muhammad s.a.w sebagai rasul-Nya.
Ikatan Islam dengan manusia telah diatur oleh Allah agar manusia tidak mudah terleka dengan hal-hal kedunia. Yang penting ialah manusia itu sendiri sama ada mahu menjaga dan memeliharanya dengan baik atau sebaliknya. Asas akidah (rukun iman)




Asas-asas akidah Islam ialah Rukun Iman.
v Beriman kepada Allah SWT
-perkara paling asas dan utama serta ianya mendasari seluruh ajaran
Islam.

v Beriman kepada Malaikat
-Al-mala-ul-a’ala iaitu malaikat adalah sesuatu yang halus termasuk
dalam perkara-perkara yang ghaib, tidak dapat dicapai oleh
Pancaindera.

v Beriman kepada Kitab
-Diturunkan kepada Nabi-nabi dan RasulNya.
-al-Quran itu adalah panduan hidup. Andai kita menghadapi kemusykilan,rujuklah kepadanya dengan penuh harap walau hanya merenung huruf-hurufnya saja.


v Beriman kepada Rasul
-Orang yang menerima wahyu dari Allah disebut nabi.Nabi yang diperintah oleh Allah menyampaikan wahyu dalam bentuk syariat disebut rasul Allah (utusan Allah atau pesuruh Allah)


v Beriman kepada Hari Akhirat
-Ia merupakan asas ajaran al-Quran dan al-Sunnah serta satu daripada
dasar seluruh agama langit.
-Percaya dengan janji Allah bahawa Hari Akhirat itu ada dan pasti terjadi
tanpa manusia tahu bila ia akan tiba serta ia tetap dalam aturan tuhan
pencipta alam.

v Beriman kepada Qada’ dan Qadar
-Berusaha menjalankan segala undang-undang peraturan dan hukum
Hakam yang telah ditetapkan oleh Allah di mana Allah telah pun
Menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu natijah dan pendahuluannya dan
bagi tiap-tiap sesuattu musabab ada sebabnya serta bagi tiap-tiap
sesuatu tujuan ada jalan untuk mencapainya.


Dengan mempercayai dan beriman kepada rukun iman yang lima diatas maka seseorang manusia itu dapat merasai dan berpegang pada akidah yang kuat serta tidak mudah tewas atau terpengaruh dengan pujukan atau godaan sesiapa saja yang ingin merosakkan akidah. Sesungguhnya para pemimpin agama kaum kafir sentiasa berusaha menarik perhatian ummah Islam untuk mendekati agama lain dengan pelbagai taktik yang terbuka atau tersembunyi.3



FAKTOR YANG MEMBATALKAN AKIDAH

ü Percakapan
seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan akidah Islam seperti ucapan mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman, mempermain-mainkan nama Allah, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, malaikat-malaikat-Nya, mengatakan undang-undang Islam zalim dan tidak sesuai dengan zaman moden dan sebagainya.


ü Perbuatan
perbuatan seperti melakukan upacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan orang-orang bukan Islam dan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam.


ü Keyakinan
hati tidak yakin dengan Islam atau ragu-ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam yang terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Menyakini Islam dan peraturan yang dicipta oleh manusia atau lebih baik dan
peraturan yang dicipta oleh manusia atau lebih baik dan sebagainya.



LANGKAH-LANGKAH MEMANTAPKAN AKIDAH
Terdapat pelbagai bentuk dan kaedah yang boleh diamalkan oleh setiap muslim untuk memantapkan akidah.Seperti mana kita tahu bahawa situasi ummah mutakhir ini jelas dipengaruhi budaya atau nilai barat yang menyimpang dari ajaran Islam akibat kurangnya didikan iman dan akhlak sebagaimana diakui oleh tokoh pemikir Islam yang terkenal iaitu Dr.Yusuf al-Qardhawi. Ummah sekarang banyak terdedah dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan dimurkai oleh Allah s.w.t terutamanya melalui media massa, pergaulan bebas dan sebagainya.

Untuk memantapkan akidah manusia perlu kembali dan merujuk kepada panduan Allah melalui Rasul-Nya Muhammad s.a.w.
Sabda Rasulullah s.a.w
“Aku telah tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara,selagi kamu berpegang pada kedua-duanya kamu tidak akan sesat,iaitu al-Quran dan sunnahku.”
Melalui kedua-duanya manusia tidak akan mudah terpedaya dengan pujukan iblis dan keindahan dunia dan tidak akan berpecah belah kumpulan kamu sebagaimana dengan firman Allah.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud ;
“Sesungguhnya Islam ini adalah jalanKu yang lurus, maka jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain kerana ia akan memecahbelahkan kamu dari jalan Allah”.
(al-An’am:153)




PANDANGAN TOKOH PEMIKIR ISLAM TERHADAP AKIDAH UMMAH PADA MASA KINI

Pada zaman globalisasi dan dunia yang penuh pancaroba ini, kedudukan dan situasi ummah amat membimbangkan dimana pembangunan akidah jatuh merudum dan tidak dihiraukan lagi. Menurut tokoh pemikir Islam yang terkenal iaitu Dr. Yusuf al-Qardhawi, kegagalan terakhir yang dideritai oleh umat ini adalah kegagalan dalam pendidikan keimanan dan pendidikan akhlak sehingga muncul di tengah-tengah ummah tindakan-tindakan yang menyimpang dari nilai-nilai yang menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik. Hal ini amat menbimbangkan kerana boleh member peluang kepada orang bukan Islam untuk mempengaruhi dan merosakkan pegangan atau akidah orang Islam. Terdapat juga tokoh pemikir Islam yang berpendapat media dan teknologi pada masa kini banyak dipengaruhi budaya-budaya barat yang memberi impak negatif kepada ummah Islam. Perkara sebegini memerlukan kerjasama semua pihak agar sentiasa taat pada perintah Allah dan sentiasa melaksanakan amar ma’aruf nahi mungkar sebagaimana yang dituntut oleh agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan