http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Isnin, 12 Mac 2012

Untuk Bangsaku.. Melayu itu Khalifah Allah




Saya hanya manusia biasa yang ada perasaan, bila tercuit hiba, tentu sahaja bisa mengalirkan airmata. Ya, airmata saya keluar tanpa dijangka, tatkala melihat bangsa sendiri menghina raja dan sultannya sendiri. Teringat tentang perjuangan pejuang bangsa dahulu kala. Raja, ulamak dan para pembesar bangkit menentang penjajahan British yang diketahui ada maksud tersembunyi ingin menghancurkan Islam dan melemahkan kuasa Raja-raja kerana mereka amat kenal apa peranan institusi Beraja di dalam sebuah pemerintahan di tanahair kita yang tercinta ini.

Tetapi hari ini, saya amat hiba kerana melihat bangsa Melayu melupakan sejarah bangsanya, melupakan adab dan adat, hingga sanggup menghina bangsa sendiri dan raja sendiri. Jika di sini saya menangis tanpa suara, terpaku hiba menatap angkara bangsa sendiri yang sudah ditimpa bala.

Bukan saya meletakkan bangsa lebih dari agama, tetapi fahamilah STRATEGI Yahudi yang sudah lama mahu meruntuhkan sistem beraja di nusantara ini. Mereka si Yahudi laknatullah ini tidak akan berhenti dari usaha mereka untuk menghapuskan sistem beraja di bumi nusantara ini kerana mereka tahu Islam akan bangkit kali kedua di bawah sistem kekhalifahan, dan institusi beraja inilah yang akan mengembalikan sistem kekhalifahan itu di bumi nusantara ini. Yahudi berjaya meruntuhkan sistem beraja di Indonesia, berjaya di Thailand, berjaya di Filipina, berjaya di Singapura tetapi ia tidak mampu memusnahkan sistem beraja ini di Malaysia dan Brunei. Tetapi itu tidak bermakna mereka akan berputus asa, kerana Yahudi ini amat tahu jadual akhir zaman, dan mereka cuba menjadikan ia tidak berlaku ataupun sekurang-kurangnya dapat dilambatkan atau ditangguhkan.

Sesungguhnya mereka mencatur, tetapi caturan Allah itu lebih hebat lagi.

Di Malaysia ini, usaha Yahudi ini diserap ke dalam sistem demokrasi yang diguna-pakai kerana mereka sangat tahu akan kelemahan sistem ini kerana sistem demokrasi ini ciptaan mereka sendiri untuk menguasai bangsa-bangsa lain.

Mereka tahu, melalui sistem demokrasi mereka dapat naikkan keturunan yang jahat, manusia yang tidak berakhlak, manusia yang cintakan kuasa, kerana melalui sistem demokrasi ini, sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk melobi diri dan menonjolkan diri bisa saja menjadi pemimpin kepada masyarakat.

Dengan sistem demokrasi ini akan wujud manusia-manusia hipokrit atau munafik yang boleh menggunakan apa cara sahaja untuk memancing undi kepada mereka. Mereka gunakan duit, gunakan ilmu, malah gunakan agama untuk mencapai kemenangan mereka di dalam pertarungan di pentas politik.

Sesungguhnya, saya melihat terlalu ramai bangsa Melayu tertipu atas nama agama dan keulamakan di dalam memberi kesetiaan dan ketaatan kepada sistem demokrasi ini.

Dajal itu amatlah pandai mempengaruhi orang, berdoalah dan takutilah fitnah Dajal kerana para sahabat Rasulullah SAW sendiri bilamana Rasulullah SAW menceritakan mengenai dajal kepada mereka, merasa ketakutan kerana mereka faham fitnah dajal itu amat dahsyat.

Bagi saya, Yahudi amat faham bahawa Melayu itu Islam. Mereka tahu dan faham mengapa Laksamana Hang Tuah menyatakan, "Takkan Melayu Hilang di Dunia". Mereka sangat faham tetapi ramai di antara kita yang tidak faham dan tidak mahu ambil tahu.


“Melayu” adalah suatu kalimah yang baik, juga ¬suatu kalimah yang berjiwa,-sarat dengan falsafah, mengandungi satu pengembaraan jiwa mencari hubungan seni Islam dan makna disebalik kata ucap, kata tinta (seni kaligraf). Saya kira¬, yang serasi sebagai satu manifestasi bangsa ini; yang punya maksud yang mendalam dan tujuan mengapa makhluk (manusia) dijadikan, iaitu supaya sentiasa bersikap me-layukan diri (tunduk) dan sujud (ibadah) kepada yang menciptakan.

Setiap bangsa akan membentuk kebiasaan tabiat dan adab budaya mereka sendiri. Begitu juga bangsa ini; ¬Melayu berbudaya dan beradat. Kelebihan para nabi adalah kerna kehebatan mukjizatnya, ketinggian manusia pula adalah kerana kelebihan sikap muafakatnya. Tatkala tunas dipanggilnya muafakat, tatkala sudah berakar dipanggil akan dia ADAT. Apabila bangsa ini menerima Islam sebagai suatu cara hidup di dunia fana ini, maka adat bangsa terus sahaja di ikat dengan syarak (syariat) Tuhan yang Maha Esa. Inilah makna HAKIKAT bangsa Melayu “Adat bersendikan syara”.

Antara keduanya tidak harus dilihat terpisah¡; macam roh dengan jasad, atau kiasan bahasa yang paling klasik sepanjang zaman seperti irama dan lagu;¬ pincang lagu sumbang irama; andai dipisah. Pertautan ini sangat unik dan sungguh kukuh bagai Akar pada sang pokok sehingga terbit satu tanggapan bahawa setiap ‘Melayu itu Islam’. Dan tidak keterlaluan kiranya dikatakan, inilah rahsia sebenar mengapa selama ini aqidah bangsa ini sentiasa mendapat perlindungan dan pemeliharaan Allah swt walaupun telah dijajah oleh tentera salib selama beratus-ratus tahun dahulu. Takkan hilang Melayu di dunia, ¬tak akan hilang Islam di alam Nusantara ini.


Kita bangsa Melayu kembalilah kepada akar umbi sejarah, carilah kaitan tentang Melayu dan Islam, dan yang penting kembalilah merujuk kepada Allah SWT, jangan Allah dikesampingkan, Iman dan Taqwa itulah benteng pertahanan bangsa kita, bila kita melupakan Allah SWT, lebih mengagumi ideologi bikinan manusia, angkuh dan sombong dengan dunia yang kita miliki, inilah BALA yang telah menimpa.

Perpecahan, pergaduhan, perbalahan, hilang perpaduan, hilang kasih-sayang, hidup tidak ada kedamaian. Kelak nanti agama, bangsa dan Negara pun akan tergadai jika kita terus-terusan leka dan khayal begini.

Bukan ekonomi, bukan ilmu, bukan budaya yang buat kita lemah di bumi sendiri tetapi kerana kita lemah iman dan taqwa. Itulah yang perlu difahami oleh semua kita.

Kita masih belum terlambat. Bumi Malaysia ini belum tergadai lagi.

Bersatulah kita kembali, lupakan perbezaan kepartian masing-masing, mari kita promosi Allah dan RasulNya, bukan taksub dengan politik atau kuasa.

Saya tetap optimis, bangsa Melayu bisa mengegarkan dunia ini dan akan jadi satu bangsa yang dihormati dalam sejarah dunia akhir zaman. InsyaAllah.

Bukan baju sembarangan baju
Baju ditenun dari Negeri Bilah
Bukan Melayu sembarangan Melayu
Melayu itu adalah Khalifah Allah
[Nyanyi sunyi Amir Hamzah UNTUK SAUDARA SEAGAMAKU


Kawan, demi perpaduan marilah kita bermaaf-maafan

Demi dapat mengekalkan kasih sayang, marilah kita berlebih kurang

Kawan, tidak ada kasih sayang dan perpaduan satu seksaan

Marilah kita bersama mengekalkan kasih sayang dan perpaduan

Sudah lama kita berbalah dan berpecah-belah

Banyak urusan kita terbengkalai dan terabai

Jika kasih sayang di antara kita dapat dicantumkan semula

Alangkah bahagianya kekuatan kita berpadu semula

Sudah lama kita menderita akibat tidak ada perpaduan

Iaitu cintakan dan takutkan Tuhan semesta alam

Tidak ada tali pengikat selain cintakan Tuhan

Selain Tuhan adalah tali yang rapuh, mari kita tinggalkan

Kawan, jangan tunggu berpecah berlama-lama

Takkan tidak ada jalan penyelesaian

Sudah diperkatakan tadi, marilah bersama cintakan Tuhan

Cintakan Tuhan adalah jalan penyelesaian

Kawan, jangan kita diri bermusuh-musuhan

Tidak siapa yang rugi kecuali kita umat Islam

Dari sekarang jangan bertangguh-tangguh lagi

Jadikanlah Tuhan tali pengikat kasih sayang dan perpaduan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan