Selasa, 5 Mac 2013

PERJUMPAAN WAKIL SULTAN BANTILAN II DENGAN MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA


PERJUMPAAN SILATURRAHIM ANTARA Menteri Pertahanan Malaysia DATO' SERI DR RADEN AHMAD ZAHID HAMIDI DENGAN WAKIL SULTAN BANTILAN II (Sulatniyah Sulu Darul Islam -SSDI) DI HOTEL PAN PASIFIC (PWTC) MALAM TADI 5hb Mac 2013.


Ditemani oleh saudara kami Tengku Muhammad Shahir bin As-Syafi'e (berkopiah putih), MUFTI BESAR SSDI Datu Paduka Maulana Shar'i Habib Rizieq Bin Hussein Shihab Al-Husseini (serban putih) yang bergegas ke Kuala Lumpur menemui Menteri Pertahanan Malaysia bersama Menteri Luar SSDI Datu Habib Zakaria Abdullah (bersongkok hitam) dan penulis (bertopi bereta hitam) sebagai wakil Tausug Global Media (TGM) merangkap Menteri Belia dan Sukan SSDI. Pertemuan bersejarah ini adalah usaha muslimin Malaysia dan Sulu untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian kepada kes yang berlaku di Lahad Datu demi Islam dan persaudaraan seagama.



PENJELASAN GAMBAR:

Alhamdulillah walau pun perjumpaan di atas begitu cepat dan ringkas namun Datu Habib Zakaria Abdullah sebagai Menteri Luar SSDI dan Datu Habib Rizieq Shihab sebagai Mufti besar SSDI yang tinggal di Jakarta itu sempat menjelaskan pendirian Sultan Bantilan II, para Datu dan Syarif serta rakyat SSDI, bahawa pencerobohan bersenjata ke atas wilayah kedaulatan Malaysia sebagaimana yang berlaku di Lahad Datu itu bukan sahaja sangat tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia malah rakyat Sulu secara majoriti tidak dapat menerimanya. 

Tindakan secara bersenjata yang hanya dilakukan oleh beberapa orang dari Sulu yang mengaku sebagai Tausug itu adalah tindakan bersendirian dan terdesak tanpa membabitkan majoriti Tausug di kepulauan Sulu mahupun yang ada di Sabah dan Malaysia amnya.

Bagi SSDI, apa sahaja permasalahan yang berlaku antara Malaysia dan Sulu ia sewajarnya diselesaikan di atas meja rundingan secara muhibbah dan penuh persaudaraan. Oleh itu, SSDI yang dipimpin oleh Sultan Bantilan II (PBMM Sultan Muhammad Bantilan Muizzuddin II bin Datu Wasik Aranan Puyo) sejak gerakannya yang bermula tahun 2006 di Jolo Sulu itu telah menjadikan slogan ANTI-PERANG dan ANTI-KEGANASAN sebagai dasar perjuangannya TANPA SENJATA.

Buktinya terdapat ucapan keamanan Sultan Bantilan II (ketika itu nama baginda ialah Datu Ladjamura) dalam buku Tausug dan Kesultanan Sulu (buku ini ditulis oleh penulis dalam bahasa Melayu dan kemudian diterjemah oleh Sabah Islamic Media Sdn Bhd ke bahasa Inggeris untuk edaran antarabangsa, buku ini dirasmikan oleh salah seorang Timbalan Menteri Sabah pada tahun 2007. Ini bermakna secara teknikal buku Tausug dan Kesultanan Sulu adalah buku yang diiktiraf oleh kerajaan Negeri Sabah termasuk kenyataan aman oleh Datu Ladjamura di situ. RTM dan beberapa akhbar tempatan negeri Sabah turut membuat liputan pada perasmian buku Tausug dan Kesultanan Sulu itu di Dewan Perpustakaan Tawau tahun 2007.

Walau pun SUARA DAMAI dan KEAMANAN dari keluarga BANTILAN itu sudah lama berkumandang di Malaysia sejak 2007 itu namun tiada siapa yang peduli, hanya dipandang sebelah mata oleh kerajaan Malaysia. Malah laungan DAMAI dan KEAMANAN ini terus menerobos kepulauan Sulu sehingga menjadikan keluarga KIRAM berasa terancam pula. SSDI sudah lama mengutus utusan damai kepada keluarga KIRAM sejak 2006 lagi untuk sama-sama bersatu dalam gerakan aman SSDI tanpa senjata.

Nampaknya KUASA BESAR yang sedang melabuhkan punggungnya di pulau Jolo itu itu tidak senang hati perjuangan KEAMANAN SSDI. Sehingga kita berasakan bahawa mereka telah bertindak mendokong pencerobohan di Lahad Datu itu.

Untuk mengakhiri catatan ini, ayuh kita sama-sama membaca Salawat Tafrijiyyah ini, yang mana amalan Salawat ini turut menjadi amalan harian Dato' Seri Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi (beliau berketurunan yang ada kaitan dengan Ahlulbait dari kesultanan Jogjakarta). Saya tidak menyangka, seorang Menteri Malaysia seperti beliau sangat istiqamah dalam amalan Salawat hebat ini. Tidak hairan wajah-wajah para pengamal salawat ini senantiasa tenang dan terpancar NUR barokah. Semoga Allah swt menghapuskan segala Fitnah besar yang sedang melanda ini buat kita umat Islam Malaysia dan Sulu malah Dunia amnya. berkat pembacaan Salawat Tafrijiyyah ini AMIIIIIN YA RABBAL ALAMIN.
        



DISEBALIK PENCEROBOHAN SULTAN SULU DI LAHAD DATU


TAOTAUAJER - Isu serangan penceroboh semakin menjadi-jadi apabila Seorang lagi anggota keselamatan terbunuh dan juga ada juga yang di culik dalam pertempuran yang berlaku di Semporna (LINK). Sultan Sulu kata negeri Sabah hanya diberi pinjam kepada Malaysia sahaja. Menuntut hak mereka kembali agar negeri Sabah kembali di bawah naungan pemerintahan mereka.


Mari kita baca Kronologi ini :

- Akhir tahun lalu gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam yang dipimpin oleh Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II di Jolo Sulu telah diberikan laporan dari Tawi-Tawi bahawa ada satu gerakan bersenjata sedang berlatih dengan keahlian lebih kurang 400 orang lelaki. Mereka ialah gerakan keluarga Punjungan Kiram dari Pulau Simunul menurut laporan tersebut.

- Sultan Bantilan II kemudian mengeluarkan kenyataan kepada wakilnya di Tawi-Tawi agar tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak bersenjata. Maka sekiranya ada ahli SSDI (Sultaniyah Sulu Darul Islam) yang terlibat maka SSDI berlepas diri dari sebarang tanggungjawab, yakni SSDI tiada kaitan dengan mereka.

- Sultan Bantilan II juga menghantar mesej ke Sabah khusus kepada ahli SSDI yang sedang bekerja di sana agar memastikan ahlinya tidak terlibat dengan sebarang gerakan bersenjata. Sekiranya ada minta dilaporkan ke Istana seberapa segera. Kerana menurut pandangan Sultan Bantilan, kemungkinan gerakan bersenjata KIRAM tersebut adalah untuk sabotaj gerakan Kesultanan Sulu (SSDI).


Sultan Jamalul Kiram III (duduk), Sultan Esmail Kiram II (bersongkok kelabu). Mereka ni adalah anak-anak Datu Punjungan Kiram yang mengangkat diri jadi Sultan Sulu sama-sama. Walau pun setiap mereka mengangkat diri jadi Sultan Sulu namun mereka nampak akrab walhal dalam Protokol Kenaikan Sultan Sulu tidak membenarkan dua sultan dalam satu masa.


- Tiga hari sebelum pihak bersenjata KIRAM masuk ke Lahad Datu, Sabah, Istana Sultan Bantilan II di Jolo mendapat maklumat bahawa ada dua bot besar sedang bersiap menuju ke Sabah sarat dengan senjata berat dan dikatakan punya misi untuk berperang.

- Menurut laporan dari Tawi-Tawi mereka ini ditertawakan oleh para penyokong Sultan Sulu lain kerana menurut mereka mana mungkin dengan hanya dua bot sebesar itu dan tentera yang bilangannya boleh dibilang dengan jari kaki dapat menewaskan tentera Malaysia yang serba lengkap itu. Mereka dianggap bunuh diri. Bagi Sultan Bantilan di Jolo pula, gerakan bersenjata KIRAM ini ada pihak yang lebih besar main dibelakang mereka.

- Kemudian beberapa hari kemudian mereka telah sampai ke Lahad Datu yang menurut laporan mereka sampai dulu di Felda Sahabat 17. Dari dua bot itu yang satu telah berjaya dipintas malah dikatakan telah karam. Manakala yang satu lagi berjaya mendarat dan terus berkubu.

- Menurut laporan dalam kumpulan Kiram itu terdapat seorang lelaki berkulit putih memakai baju celoreng. Pelbagai spekulasi timbul selepas itu berkenaan kehadiran lelaki kulit putih tersebut dalam kumpulan penceroboh itu. Namun menurut Sultan Bantilan II di Jolo, SSDI tidak boleh mengeluarkan kenyataan spekulasi berkenaan kehadiran kulit putih tersebut kemungkinan hanyalah rekaan untuk mengaiktan pencerobohan itu dengan tentera Balikatan USA yang sekarang sedang berkubu di Tawi-Tawi dan Jolo.

- Lahad Datu tiba-tiba kecoh bak diserang garuda. Huru-hara dari pasar ke kampung-kampung. Ada yang yang seperti meracau tak tentu pasal kerana berasakan Lahad Datu bakal menjadi medan pertempuran ala filem Holywood. Dikhabarkan dari saksi mata, bahawa mereka yang berkubu di Lahad Datu itu memang nekad dan sarat dengan senjata berat. Mengambil posisi strategik dan nampaknya mereka seperti sudah biasa berperang. Almaklum latihan tentera mereka berbulan bulan sejak tahun lalu.

- Ada laporan sebahagian mereka itu adalah bekas tentera MNLF yang sudah lama mufarakah dari MNLF. Mereka adalah dari suku Tausug yang GAGGIL (degil) dan selalu melanggar arahan ketua. Menurut saksi mata yang telah ambil video sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook wajah-wajah mereka seperti sudah hilang seri walau pun kelihatan menakutkan. Hilang seri seperti tanda bahawa mereka bakal mati katak di tangan tentera Malaysia. Rambut sebahagian mereka panjang sebagai melambangkan kepahlawanan Tausug yang walau pun nampak kalah secara lojik namun dianggarkan dapat bertahan berbulan bulan malah mungkin bertahun. Mereka dapat bertahan begitu kerana mungkin berjaya berenang larikan diri semula ke pulau Tawi-Tawi. Selamat.

- Malaysia nampaknya panik seketika. Pelbagai tuduhan dan spekulasi bergema di mana-mana. Ada yang buat sepekulasi bahawa tentera penceroboh itu diatur oleh Kerajaan BN-UMNO sendiri untuk mnejadikannya hero lantaran itu pengundi KDM pun akan kembali menyokong BN. Ada pula spekulasi yang menyatakan bahawa itu adalah perancangan PKR untuk memburukkan kerajaan BN. Ada yang kata ia perancangan USA-Filipina untuk dapatkan semula Sabah demi Minyak di Laut Sulu dan Spratly. Ada yang katakan bahawa kemungkinan ia adalah kerja MNLF dan ABU SAYYAF kerana marah pada Malaysia yang menyokong MILF dalam perjanjian damai tahun lalu. Ada juga yang kata ia dilakukan oleh kumpulan politikus dari Filipina untuk dapatkan pampasan demi menampung kos kempen pilihanraya ARMM tidak lama lagi di Sulu-Mindanau.

- Akhirnya bocor rahsia setelah tunggang-langgang mencari jawapan, bahawa mereka itu adalah tentera KIRAM yang kemudian didapati mereka seperti ditipu dengan janji-janji pelik. Kemungkinan besar ada yang dijanjikan tanah seluas beribu ekar, ladang kelapa sawit berhektar, dan mungkin ada yang dijanjikan dengan hanya diberikan seluar LEVI'S 501. Yang lebih pelik kedengaran janji bahawa mereka kalau dah sampai ke Sabah, wakil Inggeris sedang sedia dengan berguni USD untuk diberikan kepada mereka. Nampak seperti bergurau dan melucukan. Mungkin saja benar mungkin saja tidak walau pun mungkin terbukti mereka dihantar untuk dijadikan umpan untuk dibunuh oleh MALAYSIA.

- Nyata sekali mereka adalah perangkap kepada MALAYSIA menurut analisis alternatif di tepi jalan. Mereka yang masuk kelihatan sedikit dan senang dimakan, namun ia bahaya sebagaimana bahayanya ikan buntal yang kecil tapi jerung pun takut termakannya. Sebesar mana pun ikan jerung dengan gigi semula jadi tajam namun takut termakan ikan buntal.

- Mereka berkata, kalau Malaysia lepaskan tembakan dan berjaya membunuh mereka maka PASUKAN YANG LEBIH BESAR akan datang. Ikan-ikan buntal yang datang kemudian ini akan dilemparkan ke seluruh pantai timur Sabah. Namun, kalau Malaysia berjaya menghalau mereka secara aman tanpa berlaku apa-apa. Nyata sekali misi ikan-ikan buntal akan gagal.


- Sultan Bantilan II di Jolo sebagai ketua gerakan SSDI yang bergerak secara aman tanpa senjata, menyeru saudara-saudara seagama di Malaysia agar cepat memformasikan satu jawatankuasa bertindak dengan menghimnpun sejarahwan Malaysia dan Sulu. Duduk semeja memandang positif kepada gerakan Kesultanan Sulu secara aman ini. Malaysia harus bertindak dahulu sebelum ia berlarutan menjadi benda lain. Gerakan Kesultanan Sulu semakin mendapat tempat. Kiram walau pun tindakannya kali ini sangat menjadikannya tidak popular malah menjadikannya sebagai keluarga kesultanan Sulu yang selamanya melakukan kesilapan. Namun sekurang-kurangnya tindakan subersif KIRAM ini dapat membuka mata Malaysia betapa masanya sudah tiba untuk MEMBICARAKAN KESULTANAN SULU.

Foto: Rakyat Sultan Bantilan II membanjiri bandar Jolo ketika perarakan besar-besaran beberapa tahun yang lalu.

Keluarga Kiram sangat terancam dengan gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang dijalankan oleh Sultan Bantilan II di kepulauan Sulu saat ini. Perarakan demi perarakan secara aman oleh rakyat SSDI selama 6 tahun sehingga kini menjadikan keluarga KIRAM perlu "DO SOMETHING". Kerana menurut KIRAM, SABAH dan SULU itu adalah milik keluarganya, bukan milik kerajaan SULU yang mana ia bukan milik pribadi mana-mana Datu pun melainkan ia hak rakyat Sulu secara keseluruhan. KIRAM tidak pernah belajar dari kesilapannya yang lalu. Mereka sangat ketinggalan dari pengetahuan sejarah sekali pun generasi muda Tausug sudah berjaya menulis pelbagai buku sejarah Sulu. 


Al-fadhil Ustaz Hj Abdul Halim Abbas Kedah memberikan ceramah di Lahad Datu pada tahun 2005. Beliau adalah guru perjuangan kepada Sultan Bantilan II. Ustaz senantiasa menjadi penasihat kerohanian Sultan Bantilan II walau pun Baginda Sultan berada jauh di Jolo Sulu Darul Islam. Ketika ceramah ini sedang berlangsung, Sultan Bantilan II berada di sisi Ustaz Hj Halim yang ketika itu Baginda hanya dikenal sebagai DATU LADJAMURA BIN DATU WASIK ARANAN PUYO.

SUMBER: tausug-global

Selasa, 5 Jun 2012

Tentera Amerika/Yahudi Laknatullah Sedang Mengepung Malaysia & Indonesia

AMERIKA Syarikat (AS) akan memindahkan majoritas kapal perangnya ke Asia Pasifik menjelang thn 2020 dan menempatkan 6 kapal induk di rantau ini.
Setiausaha Pertahanan, Leon Panetta mengumumkan dasar dan strategi terbaru pertahanan AS ketika berucap di Singapura hari ini.

Berdasarkan pengumuman beliau itu, 60% armada akan ditempatkan di Asia Pasifik. China dilaporkan tidak gembira dgn dasar terbaru AS itu. (SH)



 Amerika Laknatullah takut akan berlakunya pergabungan 2 negara Islam Malaysia-Indonesia..
serta gabungan Islam Nusantara... di mana akan berlakunya kebangkitan ISLAM & Khalifah Allah
Dari Timur... askar2 mereka mengepung sekeliling Malaysia-Indonesia....


permusuhan sesama sendiri Umat Islam di seluruh dunia terutama di nusantara adalah rancangan utama Yahudi Laknatullah....mereka tahu mereka x mampu melawan umat Islam tetapi mereka tahu kelemahan kita.... iaitu hasad dengki sesama sendiri yang diwujudkan oleh mereka sendiri... mereka memperalatkan umat Islam yang lain untuk bermusuh dengan yang lain.... sedarlah wahai saudara2ku semua... pelbagai kejadian telah Allah tunjukkan.. adakah kita masih x memikirkannya... byk amaran telah Allah berikan... umat Islam di negara lain penuh penderitaan atas kekejaman tentera kafir laknatullah... sedangkan kita asyik bermusuh sesama sendiri... bangkitlah saudara2ku!!! bangkitlah!!! moga Allah merahmati kita.......

 DOA UMAT ISLAM............

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنَهُمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَل فِي قُلُوْبِهِم الإِيْمَانَ وَالْحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِكَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ وَأَوْزِعْهُمْ أَنْ يُوْفُوْا بِعَهْدِكَ الَّذِي عَاهَدْتَهُمْ عَلَيْهِ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ إِلهَ الْحَقِّ وَاجْعَلْنَا مِنْهُمْ
Ya Allah, ampunilah kaum mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, perbaikilah di antara mereka, lembutkanlah hati mereka dan jadikanlah hati mereka keimanan dan hikmah, kokohkanlah mereka atas agama Rasul-Mu SAW, berikanlah mereka agar mampu menunaikan janji yang telah Engkau buat dengan mereka, menangkan mereka atas musuh-Mu dan musuh mereka, wahai Tuhan yang hak jadikanlah kami termasuk dari mereka.

اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لَنا دِيْنَنَا الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِنا وَأَصْلِحْ لنا دُنْيَانا الَّتِي فِيهَا مَعَاشُنَا وَأَصْلِحْ لنا آخِرَتنا الَّتِي فِيهَا مَعَادُنا وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لنا فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لنا مِنْ كُلِّ شَرٍّ
Ya Allah, perbaikilah sikap keagamaan kami sebab agama adalah benteng urusan kami, perbaikilah dunia kami sebagai tempat penghidupan kami, perbaikilah akhirat kami sebagai tempat kembali kami. Jadikanlah kehidupan kami di dunia sebagai tambahan bagi setiap kebaikan. Jadikanlah kematian kami sebagai tempat istirahat bagi kami dari setiap keburukan.

اللّهمَّ حَبِّبْ إلَيْنَا الإيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوْبِنَا وَكَرِّهْ إلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوْقَ وَالْعِصْيَانَ وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِيْنَ
Ya Allah, jadikanlah kami mencintai keimanan dan hiasilah keimanan tersebut dalam hati kami. Dan jadikanlah kami membenci kekufuruan, kefasikan dan kemaksiatan dan jadikanlah kami termasuk orang yang mendapat petunjuk.

اللهم عذِّبِ الكَفَرَةَ الذين يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ويُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ ويُقاتِلُونَ أوْلِيَاءَكََّ
Ya Allah siksalah orang kafir yang menghalangi jalan-Mu, dan mendustai rasul-rasul-Mu, membunuh kekasih-kekasih-Mu..

اللّهمَّ أَعِزَّ الإسْلاَمَ وَالمسلمين وَأَذِلَّ الشِّرْكَ والمشركين وَدَمِّرْ أعْدَاءَ الدِّينِ وَاجْعَلْ دَائِرَةَ السَّوْءِ عَلَيْهِمْ يا ربَّ العالمين
Ya Allah, muliakanlah Islam dan umat Islam, hinakanlah syirik dan orang-orang musyrik, hancurkanlah musuh agama, jadikan keburukan melingkari mereka, wahai Rabb alam semesta. Ya Allah, cerai beraikan persatuan dan kekuatan mereka, siksalah mereka, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu, wahai Rabb alam semesta.

اللهم فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ شَمْلَهُمْ وَخُذْهُمْ أَخْذَ عَزِيْزٍ مُقْتَدِرٍ إنَّكَ رَبُّنَا عَلَى كلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٍ يَا رَبَّ العالمين
Ya Allah, cerai beraikan persatuan dan kekuatan mereka, siksalah mereka, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu, wahai Rabb alam semesta.

اللهمَّ ارْزُقْنَا الصَّبْرَ عَلى الحَقِّ وَالثَّبَاتَ على الأَمْرِ والعَاقِبَةَ الحَسَنَةَ والعَافِيَةَ مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ والسَّلاَمَةَ مِنْ كلِّ إِثْمٍ والغَنِيْمَةَ مِنْ كل بِرٍّ والفَوْزَ بِالجَنَّةِ والنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
رَبَّنا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار
وصَلِّ اللهمَّ عَلَى عَبْدِكَ وَرَسُوْلِكَ سيدِنا مُحَمّدٍ وعلى آلِهِ وصَحْبِهِ وَسلّم والحمدُ للهِ


Isnin, 16 April 2012

GEMPA BUMI - HIKMAH DAN PENGAJARAN::.

RASULULLAH SAW:
#Pertama, Dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi, Ibnu Kuzaimah, ad-Daruquthni, dan lainnya dari Utsman bin Affan bahwa dia berkata:

“Apakah kalian tahu Rasulullah pernah berada di atas Gunung Tsabir di Mekah. Bersama beliau; Abu Bakar, Umar dan saya. Tiba-tiba gunung berguncang hingga bebatuannya berjatuhan. Maka Rasulullah menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Tsabir! Yang ada di atasmu tidak lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang Syahid.”

#Kedua, hadits shahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik, dia berkata:

“Nabi naik ke Uhud bersamanya Abu Bakar, Umar dan Utsman. Tiba-tiba gunung berguncang. Maka Nabi menghentakkan kakinya dan berkata: Tenanglah Uhud! Yang ada di atasmu tiada lain kecuali Nabi, Shiddiq dan dua orang syahid.”

#Dalam riwayat mursal yang disebutkan oleh Ibnu Abid Dun-ya, setelah Rasulullah menenangkan guncangan beliau berkata kepada para shahabat,
“Sesungguhnya Tuhan kalian sedang menegur kalian, maka ambillah pelajaran!”

DI MATA MEREKA:
#Gempa di Mata Umar bin Khattab radhiallahu anhu:
“Wahai masyarakat, tidaklah gempa ini terjadi kecuali karena ada sesuatu yang kalian lakukan. Alangkah cepatnya kalian melakukan dosa. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya, jika terjadi gempa susulan, aku tidak akan mau tinggal bersama kalian selamanya!”

#Gempa di Mata Ka’ab bin Malik radhiallahu anhu:
“Tidaklah bumi berguncang kecuali karena ada maksiat-maksiat yang dilakukan di atasnya. Bumi gemetar karena takut Rab nya azza wajalla melihatnya.”

#Gempa di Mata Ummul Mukminin Aisyah radhiallahu anha:
“Jika mereka telah menghalalkan zina, meminum khamar dan memainkan musik. Allah azza wajalla murka di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: guncanglah mereka. Jika mereka taubat dan meninggalkan (dosa), atau jika tidak, Dia akan menghancurkan mereka.”

INILAH KESIMPULANNYA:
#Dari semua pernyataan hamba-hamba terbaik Allah di muka bumi ini tentang gempa, ternyata penyebab spiritual gempa adalah sebagai berikut:

1. Sedikitnya orang-orang shiddiq [jujur dan amanah] dan syahid yang tinggal di atas muka bumi.
2. Masyarakat telah menghalalkan zina.
3. Masyarakat telah mengkonsumsi khamar (narkoba).
4. Masyarakat telah memainkan muzik tanpa memikirkan larangan Allah.

4 SOLUSI DARI KHALIFAH YANG ADIL:
#Selepas gempa mengguncang, Umar bin Abdul Aziz segera menulis surat instruksi kepada semua jajaran pejabatnya di seluruh negeri kekuasaannya. Dan inilah instruksinya,

“Gempa ini adalah sesuatu yang Allah azza wajalla gunakan untuk menegur hamba-hamba-Nya. Saya telah menulis perintah ke seluruh wilayah agar mereka keluar pada hari yang telah ditentukan pada bulan yang telah ditentukan, siapa yang mempunyai sesuatu maka bershadaqahlah karena Allah berfirman,”

#1:: “Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman), dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia shalat.” (Qs. Al-A’la: 14-15)

#2:: Dan katakanlah sebagaimana Adam berkata,
“Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.”
(Qs. Al-A’raf: 23)

#3:: Dan katakanlah sebagaimana Nuh berkata,
“Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi.” (Qs. Hud: 47)

#4:: Dan katakanlah sebagaimana Yunus berkata,
“Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” (Qs. Al-Anbiya’: 87)

Sabtu, 7 April 2012

ZIONIS & DUNIA MELAYU-NAWFAL TIMUR.

ZIONIS & DUNIA MELAYU

Tidak menjadi rahsia lagi,konsep zionisma yang menganggap kaum yahudi sebagai bangsa yang terpilih yang akan menjadi kuasa unggul memerintah dunia ini telah wujud hampir 2000 tahun yang lalu sempena Bukit Zion atau Sion di Jerusalem. Orang Zionis dan yahudi percaya ia adalah pusat pemerintahan Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman.Oleh itu dengan ideologi politik dan perjuangan berteraskan kemuliaan bangsa yahudi ini mereka yakin akan memerintah dunia dengan iltizam mereka pada Kongres Zionis 1907.Maka sebagai kelansungan agenda mereka, The League of Nation dibubarkan dan diganti dengan PBB.Tidak lama selepas itu cengkaman Inggeris ke atas bumi Palestin pun tamat pada 1948 dan Negara Israel pula didirikan dengan sokongan PBB.

Apakah penubuhan PBB pada tahun 1948 itu juga termasuk dalam rancangan jahat zionis untuk menakluki dunia sebagaimana rancangan asal dan agenda mereka dalam dokumen The Protocols Of The Elders of Zion yang muncul sebelum abad 20 lagi.Namun bagi saya rancangan jahat zionis untuk menakluki dunia bermula lebih awal dari itu iaitu sejak abad ke-18 lagi dimana pada Kongres Zionis Sedunia 1897 berdasarkan peta rahsia menunjukkan lambang simbolik ular Zion yang meliliti lokasi lokasi terpilih mereka bermula dari Yunani pada tahun 429 sebelum masihi,selepas itu meliliti Rome di zaman Maharaja Augusta-tahun 69 Masihi,Madrid di Sepanyol zaman Raja Charles V 1552 Masihi,Paris pada 1790 di zaman Raja Louis XVI,London pada 1814 selepas Napoleon jatuh,Berlin selepas perang Perancis –Rusia 1871 dengan kepala ular berada di St.Petersburg,Rusia 1881.

Walaupun peta lama menunjukkan perjalanan ular tamat pada 1881,namun ramai yang percaya ia masih bergerak dan melilit Amerika pada awal abad 20,selepas itu ia kembali semula ke Rusia,selepas itu ke Istanbul,Turki di zaman kerajaan islam Othmaniah sebelum berakhir di Jerusalem. lalu kita melihat natijah rancangan jahat mereka ini berjalan lancar dimana kita melihat kejatuhan Kota Mekah dan Madinah ketangan keluarga Bani SaUd yang ternyata amat memusuhi anak cucu keturunan Rasulullah dan saidina Ali.Penguasaan mareka di Palestin adalah merupakan fasa kemuncak penaklukan mereka terhadap dunia sebelum meneruskan seisi mereka ke destinasi seterusnya iaitu Nusantara.

Palestin yang mengandungi Jerusalem atau Baitul Maqdis dipercayai sebagai tanah suci agama Islam,kristian dan yahudi.Ia pernah jatuh ketangan umat islam pada abad ke-7 masihi setelah tentera islam di bawah Panglima Amru bin Ash berjaya dalam perang Yarmuk mengalahkan panglima Atravon dari Rum di zaman khalifah Umar Al-Khattab.Selepas itu Baitul Maqdis diperintah oleh islam selama 400 tahun.

Dalam tahun 1096 ketua tertinggi gareja Khatolik,Pope urban II,telah mengisytiharkan bahawa setiap penganut kristian yang berjuang untuk merampasnya kembali diampunkan segala dosa dan dijamin pula dengan syurga! Lalu sejarah menyaksikan 300,000 tentera gabungan kristian dari pelbagai kerajaan Eropah bergabung dan mengalahkan tentera islam disaat umat islam mengalami krisis kepimpinan ummah sejAgat iaitu kesatuan ummah sedang berpecah akibat persaingan antara daulah bani Abassiyah di Baghdad dan daulah Fatimiyyah di Mesir.

Namun setelah 88 tahun kemudian umat islam dibawah penakluk agung Sultan Salahuddin Al-Ayubi sebagai penyatu ummah telah berjaya menawan kembali Baitul Maqdis.maka 2.10.1187 bersamaan 27 Bejab 583 Hhjrah barUlah baginda memasuki kota suci ketiga umat islam itu, bertepatan dengan tarikh keramat 27 rejab yang menyaksikan Rasulullah SAW singgah di Baitul Maqdis dalam peristiwa Israk mikraj baginda 600 tahun sebelumnya!

Rentetan sejarah perang salib tidak terhenti disitu saja,pada abad ke-18,kerajaan Turki Othmaniah semakin lemah dan mula merosot.Kejatuhan demi kejatuhan ini disusuli kekalahan dalam perang dunia pertama 1914-1918..lalu buat pertama kali dalam sejarah bumi palestin yang mengandungi Baitul Maqdis telah jatuh kembali ke tangan kuffar setelah menguasainya selama hampir 700 tahun!

Pengiktirafan dan melonjakkan pemimpin pro barat dan anti-islam di Turki iaitu Mustafa kamal Attartuk atau boneka zionis dan barat ini menyebabkan sistem khalifah terus berkubur di Turki sehingga Turki bertukar menjadi Republik.

Setelah zionis berjaya menjatuhkan kerajaan islam di Turki,maka agenda seterusnya mereka ialah menghapuskan pemerintahan para Syarif mekah yang bertindak sebagai khadamul haramain iaitu penjaga Kota suci Mekah dari keturunan Saidina Hasan bin Saidina Ali,anak cucu nabi yang berasal dari Bani Hasyim yang mengusai tanah Hijaz selama lebih kurang 1500 tahun.

Maka pada 1924,zionis telah menaikkan seorang ketua Arab badwi iaitu Abdul Aziz Ibnu Saud dengan sokongan gerakan puak Wahabi telah berjaya menawan mekah atau wilayah Hijaz lalu menubuhkan Negara Arab Saudi.Selepas itu keturunan Rasulullah semakin terpinggir di tanah Hijaz.

Setelah rancangan jahat mereka berjaya di Timur Tengah, mereka mengalih tumpuan mereka ke Nusantara pula kerana mereka tahu ramai Ahlul bait atau keturunan Rasulullah SAW yang berada di Nusantara ini dari jurai keturunan saidina Hasan Bin Ali dan mereka harus dihapuskan segera untuk menggagalkan kebangkitan Al-Mahdi yang membawa panji hitam dari Timur itu.

Yahudi dan zionis sebenarnya takut dengan bayang bayang mereka sendiri.Mungkinkah sebuah lagi peta purba yang agak lengkap telah dilukis oleh pemikir purba Yunani, Ptolemy yang telah diakui oleh sejarawan barat sebagai seorang ahli falak dan pelukis peta(cartographer) yang masyhur telah melukis sebuah Negara di Nusantara yang dinamakan Golden Chersonese iaitu Semenanjung Emas atau semenanjung tanah melayu lebih 2000 tahun dahulu menjadi sebab kepada terjadinya peta sulit zionis yang dilambangkan oleh pergerakan ular zion untuk menyaingi Golden Chersonese atau menghapuskan terus keturunan pejuang akhir zaman.

Sejarah selalu ditulis oleh mereka yang menang.Zionis dan barat menipu kita dengan memutar sejarah,kononnya pelayar Vasco de Gamma adalah orang eropah yang pertama menemui jalan pelayaran laut ke India 1498.Penemuan Amerika pada tahun 1492 oleh Christopher Columbus kononnya menjadi titik permulaan kuasa barat meneroka Eropah lain dan dunia.Kalau mereka baru mengenali dunia timur pada abad ke 14,maka bagaimanakah pula orang orang Eropah boleh mengenali Golden Chersonese sejak 2000 tahun silam lagi?Bagaimana orang eropah saat itu sudah mengenali Semenanjung tanah melayu sebagai bumi yang kaya-raya,penuh dengan emas, malah menyatakan Mount Ophir atau Gunung Ledang itu adalah tempat utama terpendamnya Solomon's Treasure atau harta karun peninggalan Nabi Sulaiman dari kerajaan yang besar dan hebat itu.

Zionis dan barat menutup rancangan licik mereka dengan memutar sejarah,kononnya kedatangan mereka ke Nusantara adalah untuk mengembara dan berdagang.Mereka berdagang rempah ratus lalu bertapak di Goa pada 1510,di melaka 1511 dan di Pasai pada 1514.Apakah ini semua berlaku secara kebetulan dengan alasan berdagang mereka tidak akan diganggu oleh pemerintah malah dihormati pula sebagai tetamu negara.

Apakah benar kiranya saya mendakwa pengembara barat yang terkenal iaitu Marco Polo itu adalah sebenarnya agen zionis yang sudah berjaya menyusup masuk ke Nusantara pada 1292 di Perlak melalui jalan laut yang merentasi laut cina selatan dan selat melaka? Dalam catatannya, beliau mengembara dari Venice,Italy melalui jalan sutera atau the silk road yang menghubungkan eropah dan asia hingga ke benua China.

Jika benar apa yang saya jangka,maka zionis sebenarnya telah merancang untuk menguasai nusantara selama 200 tahun sebelum kejatuhan melaka 1511.Seorang lagi agen zionis Bartholomew Diaz yang berjaya melalui jalan selamat melepasi Tanjung Harapan atau Cape of Good Hope pada 1448 memberi laluan yang bermakna untuk pihak barat mengkaji dan mengenali tamadun tamadun dunia yang lain seperti kesultanan Delhi di benua Hindi dan Kesultanan Melayu Melaka yang mengusai perjalanan timur-barat melalui selat melaka ,hinggakan kota Melaka ketika itu di kenali sebagai Venice of East sempena kota Venicd di Italy di Eropah malah melaka disebut sebut oleh penulis Portugis bernama Barbaros` iaitu " Whoever is Lord an Malacca has his hand on the throat of Venice"


SejaRah mencatatkan bahawa zionis telah berjaya memperkudakan Portugis iaitu kuasa laut yang terkuat abad ke 16,selepas Ratu Belanda,kuasa laut baru eropah pada abad ke 17 dan kemudian muncul inggeris ,kuasa terkuat Eropah setelah kekalahan Perancis daLam Perang Literloo 1815.Sebagai upahnya zionis telah membahagikan Nusantara ini kepada Inggeris dan Belanda seperti yang tercatit dalam perjanjian Inggeris-Belanda 1824.Pemecahan Nusantara ini adalah agenda jangka-panjang mereka untuk menghancurkan kebangkitan akhir zaman.Mereka
menukarkan nama dan memecahkan Nusantara ini kepada Malaysia,Singapura dan Indonesia

Mereka menjalankan agenda licik mereka dengan memperkenalkan sistem Residen di Tanah melayu.Tujuan utama mereka ialah untuk mengurangkan kuasa raja raja melayu.Penjajah juga telah menggalakkan kemasukaN pendatang asing Cina dan India ke Tanah Melayu dan terus membuat pengagihan sosio-ekonomi di mana kaum cina ditempatkan di lombong lombong bijih timah dan bandar bandar utama supaya berniaga dan kaum India di tempatkan di estet-estet, manakala melayu dibaarkan dengan cara hidupnya yang tersendiri.Penjajah sebenarnya menjalankan strategi serampang dua mata untuk menghakis majoriti serta ketuanan melayu dan memalapkan syiar islam serta memastikan tidak ada ruang lagi untuk melayu bangkit sekali
lagi.


Zionis dan barat yang sememangnya sudah lama berhasrat untuk melenyapkan terus sistem raja-raja di Nusantara ini memujuk raja-raja melayu supaya menandatangani Persetujuan Mac Michael pada tahun 1945 ,dimana persetujuan ini akan menerbitkan Malayan Union.Mujurlah orang melayu dan raja raja melayu sedar akan muslihat mereka itu lalu mereka bangkit menentang nya.Dengan itu wujudlah Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 sebagai jalan tengah British.Selepas itu perjuangan orang melayu semakin hari semakin kuat kerana timbulnya kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.Oleh itu Inggeris pun meletakkan syarat kemerdekaan itu ialah jika melayu dan raja raja bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan yang sama rata kepada cina,india dan pendatang lain juga kononnya untuk memastikan penduduk tanah melayu diberi keadilan dan menepati prinsip demokrasi dimana hak semua pihak patut dihormati.

Memang jika diimbas sepintas lalu syarat tersebut nampaknya adil dan logik,namun penjajah barat telah memastikan selepas pemergian mereka atau selepas kemerdekaan Malaysia pun Melayu akan terus terjerat dan kuasa raja raja melayu akan terus di kekang malah syiar islam akan mereka pastikan tidak akan kembali bersinar di bumi nusantara ini lagi.Benar sekali ,walaupun kita telah merdeka hampir setengah abad,namun ekonomi orang melayu masih menyedihkan walaupun telah dibantu dengan DEB sekalipun.Penjajah juga telah meninggalkan Malaysia ini dengan meninggalkan konflik perkauman yang hebat umpala bom jangka yang akan
meledup bila bila masa saja.Krisis perkauman 1969 mengajar kita supaya lebih berhati hati dalam hubungan kita antara kaum di negara ini.

Percaya atau tidak,zionis dan barat akan kembali sekali lagi ke Nusantara untuk menjalankan misi mereka yang terbengkalai sejak 1957.Namun rancangan mereka kali ini akan lebih halus dan licik dimana mereka akan memusnahkan melayu islam dan nusantara ini melalui tangan tangan melayu sendiri yang akan menjadi proksi mereka!Mebeka akan kembali mengungkit konsep kesaksamaan hak asasi manusia serta prinsip demokrasi suara majoriti satu ketuanan rakyat sebagai agenda keamanan dan kedamaian sejagat palsu yang pastinya akan mewujudkan kembali ketegangan antara kaum yang walaupun naipak terkawal tetapi mashh kekal dan sudah cukup untuk memastikan melayu tidak dapat bangkit untuk menjadi tuan tanah sejati di bumi nusantara ini.

Isnin, 2 April 2012

Kelebihan Menyimpan Emas

  http://www.kelantangold.biz/irfangold
Wang VS Emas
---------------------------------------------------
Anda tersangat rugi kerana mengabaikan emas dan terus menyimpan wang dengan membuat pelaburan di bank, ASB, insuran, saham dan lain-lain!
---------------------------------------------------
...Perhatikan...
Tujuh Sebab Utama Anda WAJIB Simpan Emas Bermula Tahun 2012!
Anda RUGI Simpan Wang Kerana..
Anda UNTUNG Simpan Emas Kerana..
Keuntungan setakat 4-8 % dalam setahun
Untung 20-40 % dalam setahun atau lebih
Hanya pihak bank yang beli matawang
Terdapat banyak pihak yang bersedia untuk membeli emas jadi tak rugi anda simpan emas
Ekonomi merudum, nilai matawang turut jatuh teruk
Ekonomi merudum, harga kekal atau menjadi lebih tinggi
Hari demi hari nilai matawang semakin murah
Sebaliknya emas semakin mahal nilainya
Sifatnya yang mudah dicetak dan menyebabkan inflasi
Emas sukar untuk diciplak dan sangat berpotensi meningkatkan ekonomi
Wang dalam bentuk kertas ataupun syiling boleh dimusnahkan dan tidak lagi boleh digunakan
Emas walaupun dilentur, nilainya masih mahal dan boleh digunakan
Matawang ringgit Malaysia hanya boleh digunakan di negara kita dan tidak di negara lain
Anda boleh gunakan emas untuk membeli belah walaupun di negara Afrika!
Dan terdapat banyak lagi kelebihan emas berbanding wang. Jadi, mengapa simpan wang sedangkan simpan emas lebih menguntungkan..!
Daripada : Pengedar Kelantan Gold
http://www.kelantangold.biz/irfangold

Isnin, 12 Mac 2012

Fitnah Ad Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.





"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.



"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.



Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.



"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu." di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."



Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.



"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.



"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.



Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."



Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.



Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. " Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."



Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.



Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."



Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.



Wallahu A'lam.



"Sesungguhnya hanya Allah lebih Mengetahui RahsiaNya.."