http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Sabtu, 15 Ogos 2009

Negara Kehilangan Penasyid.Pendakwah Dan Pahlawan Islam

Asri Rabbani meninggal dunia
Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.

Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program ‘Syahadah’ di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Sumber : Mstar
Dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali… Alfatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang -orang yang beriman…Amin.

©Kujie – hari tu arwah Yasmin Ahmad di TV3, kali ni di Angkasapuri RTM pula….


Laman web rasmi Kumpulan Rabbani www.rabbani.com.my

Semalam saya baru baca nasihat Ustaz Asri di akhbar :

Ustaz Asri juga menjelaskan sebagai seorang yang beragama Islam, tidak kira seseorang itu selebriti atau tidak, kita haruslah sentiasa berpegang kembali kepada ajaran Allah s.w.t.

“Dalam kehidupan kita, biar apapun terjadi yang penting kita harus berpegang teguh pada ajaran agama kita. Jika ada masalah, kita harus selesaikan mengikut ajaran agama kita.

“Ini saya lihat kebanyakan mereka selesaikan masalah mengikut nafsu, ikut cara syaitan. Kita banyak dengar kes artis kahwin dan cerai, kita kena tengok pada diri kita juga samaada kita rajin sembahyang atau tidak.

“Kalau kita rajin sembahyang, Insya-Allah semua masalah dalam rumah tangga dapat diselesaikan. Kita jangan terlalu ikutkan nafsu, yang paling penting kita harus kembali kepada Allah s.w.t,” jelasnya lagi.

gambar jenazah ustaz asri rabbani
Gambar jenazah Ustaz Asri Rabbani.- kredit Mstar,

EDIT : Jenazah Ustaz Asri telah selamat dikebumikan pada jam 9.00 malam ini di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21.

*******************************
Apa perasaan anda jika tiba-tiba diberitahu menghidap penyakit kronik, yang selalunya – berdasarkan pengalaman pesakit serupa – tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin anda dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya bebas bergerak, segalanya perlu dipapah dan bantu, dan hanya terlantar menanti keajaiban untuk sembuh. Allah Maha Mengetahui akhiran hidup kita.

Perhatikan sekeliling kita. Tidak perlu pergi jauh untuk mencari contoh. Berapa ramai anggota keluarga dan kenalan rapat pergi buat selamanya tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal.

Ada teman baik yang nampak sihat, segar bugar, tiba-tiba kita mendapat khabar meninggal dunia ketika tidur.

Ada saudara-mara yang baru bertemu pada hari lebaran lalu, di hening malam kita dikejutkan panggilan telefon memaklumkan diserang angin ahmar, terus koma hingga dijemput Ilahi.
Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini

Tuhan....terimakasih kerana masih menaruh belas meminjamkan nafas ini

Ada rakan sekerja, belum pun mencecah usia 30 tahun, berpotensi hebat dalam kerjaya, hanya mengadu sakit sekitar matanya, bila diperiksa doktor, masya-Allah, rupanya tanpa disedari sudah lama kanser bersarang. Tidak sampai dua minggu selepas itu, ajalnya tiba. Itu belum dihitung kes-kes kemalangan maut yang menyambar tanpa sebarang amaran awal.

Sememangnya kita dituntut agar sentiasa bersedia, membuat persiapan secukupnya, bagi menghadapi maut. “Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah takwa; dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal.” (maksud al-Baqarah: 197)

Saidina Ali r.a. ketika ditanya tentang taqwa menjawab: ” Taqwa adalah takut kepada Allah Yang Maha Agung, melaksanakan segala perintah yang diturunkan, reda dengan nikmat yang ada meskipun sedikit dan sentiasa dalam keadaan siap sedia menghadapi maut sebelum kedatangannya.”

Soalnya, berapa ramai yang mengambil pengajaran dan iktibar daripada terkaman maut, kecuali dalam tempoh masa yang begitu singkat, untuk kemudiannya melupakan, hinggalah dikejutkan kembali dengan tragedi seterusnya. Ya, sesungguhnya, insan memang mudah alpa dan banyak pula dalehnya.

Benar, sakit merupakan nikmat, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu “cara” untuk meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian Tuhan itu.

Berapa ramai orang yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerananyawa tidak direntap dengan tiba-tiba, tetapi didahului peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki.

Dengan begitu banyak peristiwa yang hadir di kiri kanan, mengapa terlalu sukar untuk rasa insaf merubah gaya hidup kita? Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh tercabut dari jasad?

Perhatikan jejak usia yang ditinggalkan. Memang pantas sekali ia beredar. 40 tahun berlalu seolah-olah baru semalam dilepaskan. Masih terbayang-bayang zaman kanak-kanak di kampung.

Lintasan ingatan kian segar di bangku sekolah, guru-guru yang mendidik, kawan-kawan sepermainan, ibu ayah yang menyayangi, nenek dan datuk yang mengambil berat. Satu demi satu adegan kehidupan pahit-manis bersilih ganti.

Dan kerdilnya diri mengenangkan dosa dan maksiat, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan, ya … alangkah kecilnya.

Menginjak dewasa, kesibukan berkeluarga dan berkerjaya sering menjadi hambatan. Banyak yang dikejar umpama fatamorgana, dan kegelisahan menggapai cita-cita sukar diredakan. Segalanya seperti tidak mencukupi.

Dalam keadaan itu, jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat.

Ramai yang bergelut hanya mencari kehidupan untuk diri sendiri. Amat kecil sumbangan untuk orang lain. Walhal sebahagian kebahagiaan adalah apabila kita dapat membahagiakan orang lain, apatah lagi mereka yang memusuhi kita.

Ingatlah, janji dengan Allah masih banyak belum tertunai. Dosa dengan makhlukNya tidak tertebus. Sedang malaikat maut mungkin sedang mengintai di jendela. Lalu, apa jawab nurani anda jika mengetahui derap langkah kita di dunia ini menghadapi penghujungnya

Khamis, 26 Februari 2009

HIMPUNAN FIRMAN ALLAH SWT DAN HADIS RASULULLAH SAW

HIMPUNAN FIRMAN ALLAH SWT DAN HADIS RASULULLAH S.A.W


Firman Allah SWT :

Sedekahkanlah sebahagian dari hartamu yang elok-elok dan jangan kamu memilih yang buruk-buruk untuk disedekahkan sedangkan kamu sendiri jelik terhadapnya.

Surah Baqarah:267


Nabi SAW ditanya : Bilakah kiamat?

Jwb Nabi : Bila amanah dipersia-siakan.

Bagaimana?

Jwb Nabi SAW lagi : Bila diserahkan Tanggungjawab kepada yang bukan ahli tunggulah kiamat.

Hadis riwayat Bukhari


Firman Allah SWT :

Setiap yang bernyawa akan mati?Siapa yang dijauhkan dari neraka akan dapat masuk syurga itulah orang yang berjaya,kehidupan dunia hanya tipudaya.

Surah Ali Imran:185


Nabi SAW ditanya : Apakah amalan yang paling baik?

Jawab Nabi SAW : Beriman kepada Allah! Lepas itu?

Jawab Rasulullah : Jihad pada jalan Allah! Lepas itu?

Jawab Rasulullah : Haji yang Mabrur.

Hadis riwayat Muslim


Sabda Rasulullah SAW :

Menggemari dunia itu akan meletihkan penggemarnya didunia dan akhirat, sedangkan zuhudkan dunia akan merehatkan tuannya didunia dan di akhirat.

Hadis riwayat Ibnu Sammak


Sabda Rasulullah SAW :

Sesiapa yang bersabar, Allah akan lipat gandakan pahalanya, sesiapa yang menderhakai Allah, akan menerima azabNya.

Hadis riwayat Baihaqi





Sabda Rasulullah SAW :

Seburuk-buruk meminta tangguh ialah ketika kehadiran maut (ajal) dan seburuk-buruk penyesalan ialah ketika hari kiamat.

Hadis riwayat Bukhari


Sabda Rasulullah SAW :

Apa sahaja yang kamu nafkahkan kerana mencari redha Allah akan dibalas (pahala dan lain2) sehinggakan apa yang kamu suap kemulut isterimu (akan dibalas).

Hadis riwayat Bukhari


Sabda Rasulullah SAW :

Telah aku tinggalkan kepada kamu semua 2 perkara,kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang dengannya,Kitab Allah dan Sunnahku.

Hadis riwayat Muslim


Sabda Rasulullah SAW :

Allah bencikan menguap…Apabila menguap tahanlah seupayanya.Jangan berkata?Hah hah? Kerana itu dari syaitan yang sedang ketawa mendengarnya.

Hadis riwayat Tirmizi


Sabda Rasulullah SAW :

Allah sukakan bersin dan bencikan menguap.Apabila bersin, ucapkanlah Alhamdulillah..Hendaklah orang yang mendengar mengucapkan Yarhamkallah…

Hadis riwayat Tirmizi


Firman Allah SWT :

Orang-orang yang berjihad (pada jalan Allah) itu sebenarnya mereka berjihad untuk (kebaikan) diri mereka sendiri (didunia dan diakhirat).

Surah Al-Ankabut:6


Firman Allah SWT :

Patutkah kamu menyuruh orang berbuat baik sedangkan kamu sendiri lupa membuatnya (kewajiban itu)? Sedangkan kamu tahu kandungannya didalam kitab!

Surah Al Baqarah:44





Rasulullah SAW ditanya :2 orang bertemu mana satu yang patut memberi salam?

Jawab Rasulullah :Yang memulakan salam itu lebih baik di sisi Allah.

Hadis riwayat Tirmizi


Sabda Rasulullah SAW :

Hak sesama muslim 6 perkara:

1) Memberi salam

2) Memenuhi undangan

3) Memberi nasihat

4) Mendoakan orang yang bersin

5) Ziarah orang sakit

6) Mengiringi jenazah

Hadis riwayat Baihaqi


Sabda Rasulullah SAW :

Bacalah al-Quran,sesungguhnya al-Quran itu akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat (penyelamat dari neraka) kepada pembacanya.

Hadis riwayat Muslim



Sabda Rasulullah SAW :

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan dan paras rupa kamu tetapi melihat pada hati dan amalan kamu.

Hadis riwayat Muslim


Sabda Rasulullah SAW :

Sesiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya diwaktu dia tiada dihadapannya maka Allah akan mempertahankan kehormatannya di hari kaimat.

Hadis riwayat Abu Dunya


Sabda Rasulullah SAW :

Wahai manusia bertaubatlah dan pohonlah ampun kepada Allah dan sesungguhnya aku(nabi SAW) bertaubat 100 kali dalam sehari.

Hadis riwayat Bukhari





Sabda Rasulullah SAW :

Apabila bertemu 2 orang muslim lalu bersalaman keduanya maka diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah.

Hadis riwayat Abu Daud


Sabda Rasulullah SAW :

Tidaklah digolongkan dalam orang muslim itu mereka yang tidak mengasihi kanak2 dan tidak menghormati orang tua.

Hadis riwayat Bukhari


Sabda Rasulullah SAW :

Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama-sama para nabi,siddiqin dan para syuhada pada hari Kiamat.

Hadis riwayat Tirmizi


Firman Allah SWT :

(Orang-orang kafir itu) Allah telah tutup hati mereka (dari hidayat)dan pada penglihatan dan pendengaran mereka juga ada penutup (dari kebenaran).

Surah Baqarah:7


Sabda Rasulullah SAW :

Berusahalah diawal pagi mencari rezeki dan keperluanmu,sesungguhnya pada pagi hari terdapat berkat dan keuntungan.

Hadis riwayat Thabrani


Sabda Rasulullah SAW :

Sesungguhnya Allah Azzawajalla menerima taubat seseorang hamba selagi mana roh(nyawa)nya belum sampai ke kerongkong.

Hadis riwayat Muslim


Sabda Rasulullah SAW :

Sesiapa yang mengatakan celaka kepada manusia(sebab kelemahannya)

Maka sebenarnya dialah yang paling celaka daripada mereka itu.

Hadis riwayat Ahmad








Sabda Rasulullah SAW :

Hendaklah dikalangan kamu yang punyai lidah yang terus berzikir,hati yang bersyukur dan isteri solehah yang dapat memberi pertolongan dalam urusan akhirat.

Hadis riwayat Tirmizi


Sabda Rasulullah SAW :

Sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim maka Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat.

Hadis riwayat Muslim


Sabda Rasulullah SAW :

Jangan engkau menganggap hina sesuatu kebaikan walaupun ia berupa senyuman yang manis apabila bertemu saudaramu.

Hadis riwayat Muslim


Sabda Rasulullah SAW :

Jika suami mengajak isteri untuk bersama,tapi isterinya menolak, suaminya tidur dengan perasaan marah,maka isteri itu dilaknat malaikat hingga subuh.

Hadis riwayat Muslim

Khamis, 19 Februari 2009

JUTAWAN SEGERA..........DUNIA AKHIRAT KELAK

Umur manusia? Berapakah jumlah umur dan masa yang kita habiskan? Katakanlah kita akan meninggal sebagaimana usia Rasulullah s.a.w iaitu 60 tahun 10 hari mengikut kiraan masihi, maka umur kita habiskan sebagaimana beriku;

Tidur:8 jam sehari=20 tahun........Kerja:8 jam sehari=20 tahun.........
Ditolak masa sebelum baligh:15 tahun....maka baki usia kita semuanya ialah 5 tahun.
Adakah tempoh ini kita mampu untuk mengqadhakan segala yang telah kita tinggalkan selama ini?Hisab dan fikirkanlah!!!!!! hidup hanya sekali,tanpa mengira bahasa,bangsa,peringkat umur dan taraf kedudukan....

Oleh itu perkayakanlah dirimu dengan saham akhirat,amalkan dan jangan lupa,ringgit akhirat ialah PAHALA,hutangnya ialah DOSA...


Amalan 1. Rebutlah malam LAILATUL QADAR

Beribadah padanya seperti beribadah 1000 bulan (83 tahun 4 bulan)...Bagaimana kalau kita dapat 20 tahun=166O tahun 8 bulan..mampukah anda merebutnya..beruntunglah mereka yang
berusaha...

Amalan 2. 7320 pahala dalam masa 2 minit

Allah SWT telah berjanji kepada Ahli Al-Quran akan diberikan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda.Bayangkanlah anda membaca al-Fatihah 6 kali dalam masa 2 minit.Satu al-Fatihah mengandungi 122 huruf.Minimanya akan dapat 7320 pahala.

Ingat Allah SWT kurniakan kita sehari semalam 1440 minit.Tidak bolehkah kita manfaatkan 2 minit sehari untuk membaca al-Quran.Alangkah degilnya kita....!!!

Amalan 3. Pahala 1/3 sepertiga al-Quran dalam masa 5 saat

Dari Abu Said Al-Khudri katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak mampukah kamu membaca sepertiga al-Quran setiap malam. Sahabat mengatakan : Siapakah yang mampu wahai Rasulullah s.a.w?? Sabda Baginda : Bacalah Surah Al-Ikhlas kerana ianya menyamai sepertiga al-Quran...Kiraannya : 1 mukasurat 600 huruf x 201 mukasurat = 120 000 huruf x 10 pahala = 1 206 000 pahala...Bayangkan 3 kali Surah Al-Ikhlas dalam masa 1 minit, menyamai 3 618 000 pahala..Apakah perniagaan seuntung al-Quran.

Ahad, 15 Februari 2009

KEKASIH YANG DIRINDUI...........RASULULLAH SAW

Alangkahnya indahnya hidup ini,
andai dapat ku tatap wajahmu,
kan pasti mengalir air mataku,
kerna pancaran ketenangan wajahmu..

Ya Rasulullah.....Ya Habiballah....
tak pernah ku tatap wajahmu......
Ya Rasulullah.....Ya Habiballah....
kami rindu padamu......


Alangkah indahnya hidup ini,
andai dapat ku dakap dirimu,
tiada kata ynag dapat ku luahkan,
hanya tuhan saja tahu...

Ya Rasulullah.....Ya Habiballah....
tak pernah ku tatap wajahmu......
Ya Rasulullah.....Ya Habiballah....
kami rindu padamu......

Allahummasolli ala Muhammad...
Ya Rabbi solli alaihiwassalam.....

Khamis, 12 Februari 2009

HOW TO BE GOOD WITH MONEY

  • Find out if your books balance Get out all your bank statements and work out how much hau've earned-include benefits and interest on savings-and how much you've spent over the past year.
  • Bank online and check your balance twice a week.This will give you a clear idea of what's going in and coming out.

Isnin, 9 Februari 2009

RASULULLAH SAW MEMBELAH BULAN

Terlampir adalah foto bulan dari koleksi NASA. Semoga hal itu akan
semakin menyempurnakan keyakinan kita terhadap kekuasan Allah (swt)
dan kerasulan nabi Muhammad (saw).

Dalam Bukhari dan Muslim, juga dalam kitab2 hadits yang terkenal
lainnya, diriwayatkan bahwa sebelum Rasulullah (saw) hijrah,
berkumpullah tokoh2 kafir Quraiy, seperti Abu Jahal, Walid bin
Mughirah dan Al 'Ash bin Qail.

Mereka meminta kepada nabi Muhammad (saw) untuk membelah bulan. Kata
mereka, "Seandainya kamu benar2 seorang nabi, maka belahlah bulan
menjadi dua." Rasulullah (saw) berkata kepada mereka, "Apakah kalian akan masuk
Islam jika aku sanggup melakukannya?"

Mereka menjawab, "Ya." Lalu Rasulullah (saw) berdoa kepada Allah agar
bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah (saw) memberi isyarat dengan
jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua. Selanjutnya sambil
menyebut nama setiap orang kafir yang hadir, Rasulullah (saw) berkata,
"Hai Fulan, bersaksilah kamu. Hai Fulan, bersaksilah kamu."

Demikian jauh jarak belahan bulan itu sehingga gunung Hira nampak
berada diantara keduanya. Akan tetapi orang2 kafir yang hadir berkata,
"Ini sihir!" padahal semua orang yang hadir menyaksikan pembelahan
bulan tersebut dengan seksama.

Atas peristiwa ini Allah (swt) menurunkan ayat Al Qur'an: " Telah
dekat saat itu (datangnya kiamat) dan bulan telah terbelah. Dan jika
orang2 (kafir) menyaksikan suatu tanda (mukjizat), mereka
mengingkarinya dan mengatakan bahwa itu adalah sihir." (QS Al Qomar
54:1-2)Subhanallah. Subhan ibn Abdullah Laem Chabang, 09/02/2005 . Telah
Dekat Kiamat, Bulan Telah Terbelah Allah berfirman: "Sungguh telah
dekat hari kiamat, dan bulan pun telah terbelah." (Q.S. Al-Qamar: 1)

Apakah kalian akan membenarkan ayat Al-Qur'an ini yang menyebabkan
masuk Islamnya pimpinan Hizb Islami Inggris? Di bawah ini adalah
kisahnya. Dalam temu wicara di televisi bersama pakar Geologi Muslim,
Prof.Dr.Zaghlul Al-Najar, salah seorang warga Inggris mengajukan
pertanyaan kepadanya, apakah ayat dari surat Al-Qamar di atas memiliki
kandungan mukjizat secara ilmiah? Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar
menjawabnya sebagai berikut:

Tentang ayat ini, saya akan menceritakan sebuah kisah. Beberapa waktu
lalu, saya mempresentasikan hal itu di University Cardif, Inggris
bagian Barat. Para peserta yang hadir ber-macam2, ada yang muslim dan
ada juga yang bukan muslim. Salah satu tema diskusi waktu itu adalah
seputar mukjizat ilmiah dari Al-Qur'an.

Salah seorang pemuda yang beragama muslim pun berdiri dan bertanya, "
Wahai Tuan, apakah menurut anda ayat yang berbunyi "Telah dekat hari
qiamat dan bulan pun telah terbelah" mengandung mukjizat secara ilmiah?
Maka saya menjawabnya: Tidak, sebab kehebatan ilmiah diterangkan oleh
ilmu pengetahuan, sedangkan mukjizat tidak bisa diterangkan ilmu
pengetahuan, sebab ia tidak bisa menjangkaunya. Dan tentang terbelahnya bulan,
maka hal itu adalah mukjizat yang terjadi pada masa
Rasul terakhir Muhammad
shallallahu 'alaihi wassalam, sebagai pembenaran atas kenabian dan kerasulannya,
sebagaimana nabi2 sebelumnya.


Dan mukjizat yang kelihatan, maka itu disaksikan dan dibenarkan oleh
setiap orang yang melihatnya. Andai hal itu tidak termaktub di dalam
kitab Allah dan hadits2 Rasulullah, maka tentulah kami para muslimin
di zaman ini tidak akan mengimani hal itu. Akan tetapi hal itu memang
benar termaktub di dalam Al-Qur'an dan hadits2 Rasulullah shallallahu
alaihi wassalam.Dan memang Allah ta'alaa benar2 maha berkuasa atas segala sesuatu.

Maka Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar pun mengutip sebuah kisah Rasulullah
membelah bulan. Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah
ke Madinah Munawarah. Orang2 musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau
engkau benar Nabi dan Rasul, coba tunjukkan kepada kami satu kehebatan
yang bisa membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek dan
meng-olok2)?" Rasulullah bertanya, "Apa yang kalian inginkan?"
Mereka menjawab, "Coba belah bulan..." Rasulullah pun berdiri dan
terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu
Muhammad saw agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun
mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan se-benar2-nya.
Serta-merta orang2 musyrik
pun berujar, "Muhammad, engkau benar2 telah menyihir kami!"

Akan tetapi para ahli mengatakan bahwa sihir, memang benar bisa saja
"menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak bisa menyihir
orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang2
yang akan pulang dari perjalanan.

Orang2 Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti
orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan
yang pertama kali dari perjalanan menuju Mekkah, orang2 musyrik pun
bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?"
Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat
bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing2-nya kemudian bersatu kembali..."
Maka sebagian mereka pun beriman, dan sebagian lainnya lagi tetap
kafir ingkar). Oleh karena itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh,
telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat
tanda2 kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata,
"Ini adalah sihir yang terus-menerus", dan mereka mendustakannya,
bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap...
(sampai akhir
surat Al-Qamar).

Ini adalah kisah nyata, demikian kata Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar.
Dan setelah selesainya Prof. Dr. Zaghlul menyampaikan hadits nabi
tersebut, berdiri seorang muslim warga Inggris dan memperkenalkan diri
seraya berkata, "Aku Daud Musa Pitkhok, ketua Al-Hizb Al-Islamy
Inggris. Wahai Tuan, bolehkah aku menambahkan?" Prof. Dr. Zaghlul
Al-Najar menjawab:"Dipersilahkan dengan senang hati."

Daud Musa Pitkhok berkata, "Aku pernah meneliti agama2 (sebelum
menjadi muslim), maka salah seorang mahasiswa muslim menunjukiku
sebuah terjemah makna2 Al-Qur'an yang mulia. Maka, aku pun berterima
kasih kepadanya dan aku membawa terjemah itu pulang ke rumah. Dan
ketika aku mem-buka2 terjemahan Al-Qur'an itu di rumah, maka surat
yang pertama aku buka ternyata Al-Qamar. Dan aku pun membacanya:
"Telah dekat hari qiamat
dan bulan pun telah terbelah..."

Aku bergumam: Apakah kalimat ini masuk akal? Apakah mungkin bulan bisa
terbelah kemudian bersatu kembali? Andai benar, kekuatan macam apa
yang bisa melakukan hal itu? Maka, aku pun berhenti membaca ayat2
selanjutnya dan aku menyibukkan diri dengan urusan kehidupan se-hari2.
Akan tetapi Allah maha tahu tentang tingkat keikhlasam hamba-Nya dalam
pencarian kebenaran.

Suatu hari aku duduk di depan televisi Inggris. Saat itu ada sebuah
diskusi antara seorang presenter Inggris dan 3 orang pakar ruang
angkasa AS. Ketiga pakar antariksa tersebut bercerita tentang dana
yang begitu besar dalam rangka melakukan perjalanan ke antariksa,
padahal saat yang sama dunia sedang mengalami masalah kelaparan,
kemiskinan, sakit dan perselisihan.

Presenter berkata, "Andaikan dana itu digunakan untuk memakmurkan
bumi, tentulah lebih banyak gunanya." Ketiga pakar itu pun membela
diri dengan proyek antariksanya dan berkata, "Proyek antariksa ini
akan membawa dampak yang sangat positif pada banyak segmen kehidupan
manusia, baik pada segi kedokteran, industri ataupun pertanian. Jadi
pendanaan tersebut bukanlah hal yang sia2, akan tetapi hal itu dalam
rangka pengembangan
kehidupan manusia."

Dalam diskusi tersebut dibahas tentang turunnya astronot hingga
menjejakkan kakinya di bulan, dimana perjalanan antariksa ke bulan
tersebut telah menghabiskan dana tidak kurang dari 100 juta dollar.
Mendengar hal itu, presenter terperangah kaget dan berkata, "Kebodohan
macam apalagi ini, dana yang begitu besar dibuang oleh AS hanya untuk
bisa mendarat di bulan?

" Mereka pun menjawab, "Tidak! Tujuannya tidak semata menancapkan ilmu
pengetahuan AS di bulan, akan tetapi kami mempelajari kandungan yang
ada di dalam bulan itu sendiri, maka kami pun telah mendapat hakikat
tentang bulan itu, yang jika kita berikan dana lebih dari 100 juta
dollar untuk kesenangan manusia, maka kami tidak akan memberikan dana
itu kepada siapapun."

Mendengar hal itu, presenter itu pun bertanya, "Hakikat apa yang
kalian telah capai hingga demikian mahal taruhannya?" Mereka menjawab,
" Ternyata bulan pernah mengalami pembelahan di suatu hari dahulu
kala, kemudian menyatu kembali! Presenter pun bertanya, "Bagaimana
kalian bisa yakin akan hal itu?" Mereka menjawab, "Kami mendapati
secara pasti dari batu2-an yang terpisah (katrena) terpotong di
permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Kami meminta para pakar
geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, "Hal ini tidak
mungkin terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu
kembali!"

Mendengar paparan itu, ketua Al-Hizb Al-Islamy Inggris mengatakan, "
Maka aku pun turun dari kursi dan berkata, 'Mukjizat (kehebatan)
benar2 telah terjadi pada diri Muhammad shallallahu alaihi wassallam
1400-an tahun yang lalu. Allah benar2 telah meng-olok2 AS untuk
mengeluarkan dana yang begitu besar, hingga 100 juta dollar, hanya
untuk menetapkan akan kebenaran muslimin! Agama Islam ini tidak mungkin
salah... Lalu aku pun kembali
membuka Mushhaf Al-Qur'an dan aku baca surat Al-Qamar.
Dan saat itu adalah awal aku menerima dan masuk Islam."

MUHAMMAD YA RASULULLAH SAW



Perjalanan sejarah hidup Rasulullah s.a.w. yang ku cintai. Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubunubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan.ini ialah: bengkrap dan melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya. Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangnya sudah tidak punya apa pun “Nilai” yang dapat diberinya kepada umat manusia; malah tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebengkrapan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru - dengan secara beransur-ansur - dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!

MUHAMMAD YA RASULULLAH SAW



Perjalanan sejarah hidup Rasulullah s.a.w. yang ku cintai. Umat manusia sekarang ini berada di tepi jurang kehancuran. Keadaan ini bukanlah berpunca dari ancaman maut yang sedang tergantung di atas ubunubunnya. Ancaman maut itu adalah satu gejala penyakit sahaja dan bukanlah ia penyakit itu sendiri. Sebenarnya punca utama dari keadaan.ini ialah: bengkrap dan melesetnya umat manusia itu di bidang “nilai” yang menjadi pelindung hidupnya. Hal ini terlalu menonjol di negara-negara blok Barat yang sememangnya sudah tidak punya apa pun “Nilai” yang dapat diberinya kepada umat manusia; malah tidak punya satu apa pun yang dapat memberi ketenangan hatinya sendiri, untuk merasa perlu hidup lebih lama lagi; setelah sistem “demokrasi” nampaknya berakhir dengan kegagalan dan kebengkrapan, sebab ternyata ia sudah mulai meniru - dengan secara beransur-ansur - dari sistem negara-negara blok Timur, khususnya di bidang ekonomi, dengan memakai nama sosialisme!

PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG WARISAN SERANTAU MALAYSIA

Pertubuhan Seni Silat Gayong Warisan Serantau Malaysia atau akronimnya P.S.S.G.W.S.M. didaftarkan secara rasmi pada bulan Ogos 1994 dibawah pendaftaran 1244/94 Kedah. Pertubuhan yang beribu-pejabat di Alor Setar, Kedah Darul Aman dan mempunyai pusat latihan utama di Gelanggang Dato' Meor Rahman, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh, Perak Darul Ridzuan merupakan salah sebuah pertubuhan utama yang mempraktik dan mengembangkan Silat Seni Gayong yang diasas serta dikembangkan oleh Allahyarham Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mat Hashim. Pendukung-pendukung utama P.S.S.G.W.S.M. yang bergerak aktif di bahagian utara Semenanjung adalah diantara orang-orang kepercayaan serta murid-murid terkenal Allahyarham Mahaguru