http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif http://sheikyermami.com/wp-content/uploads/2007/10/2005-04-17_003226_black_flag.gif

Khamis, 19 Februari 2009

JUTAWAN SEGERA..........DUNIA AKHIRAT KELAK

Umur manusia? Berapakah jumlah umur dan masa yang kita habiskan? Katakanlah kita akan meninggal sebagaimana usia Rasulullah s.a.w iaitu 60 tahun 10 hari mengikut kiraan masihi, maka umur kita habiskan sebagaimana beriku;

Tidur:8 jam sehari=20 tahun........Kerja:8 jam sehari=20 tahun.........
Ditolak masa sebelum baligh:15 tahun....maka baki usia kita semuanya ialah 5 tahun.
Adakah tempoh ini kita mampu untuk mengqadhakan segala yang telah kita tinggalkan selama ini?Hisab dan fikirkanlah!!!!!! hidup hanya sekali,tanpa mengira bahasa,bangsa,peringkat umur dan taraf kedudukan....

Oleh itu perkayakanlah dirimu dengan saham akhirat,amalkan dan jangan lupa,ringgit akhirat ialah PAHALA,hutangnya ialah DOSA...


Amalan 1. Rebutlah malam LAILATUL QADAR

Beribadah padanya seperti beribadah 1000 bulan (83 tahun 4 bulan)...Bagaimana kalau kita dapat 20 tahun=166O tahun 8 bulan..mampukah anda merebutnya..beruntunglah mereka yang
berusaha...

Amalan 2. 7320 pahala dalam masa 2 minit

Allah SWT telah berjanji kepada Ahli Al-Quran akan diberikan pahala antara 10 hingga 700 kali ganda.Bayangkanlah anda membaca al-Fatihah 6 kali dalam masa 2 minit.Satu al-Fatihah mengandungi 122 huruf.Minimanya akan dapat 7320 pahala.

Ingat Allah SWT kurniakan kita sehari semalam 1440 minit.Tidak bolehkah kita manfaatkan 2 minit sehari untuk membaca al-Quran.Alangkah degilnya kita....!!!

Amalan 3. Pahala 1/3 sepertiga al-Quran dalam masa 5 saat

Dari Abu Said Al-Khudri katanya Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak mampukah kamu membaca sepertiga al-Quran setiap malam. Sahabat mengatakan : Siapakah yang mampu wahai Rasulullah s.a.w?? Sabda Baginda : Bacalah Surah Al-Ikhlas kerana ianya menyamai sepertiga al-Quran...Kiraannya : 1 mukasurat 600 huruf x 201 mukasurat = 120 000 huruf x 10 pahala = 1 206 000 pahala...Bayangkan 3 kali Surah Al-Ikhlas dalam masa 1 minit, menyamai 3 618 000 pahala..Apakah perniagaan seuntung al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan